SILA LETAKKAN AYAT ANDA DI DALAM INI

| Site ne aku yg punya |

copyrighted by Harsida Jasmin a.k.a 2heQ





Suka x blog Xcad??

About Me

My Photo
Proff Xcadbury El-Insomniac
Malaysia
The Struggler
View my complete profile

| Respected Buddy'z |

Jangan Dibunuh Rasa Sayang itu....

Jangan Dibunuh Rasa Sayang itu....


Selagi kita bernafas di bumi Tuhan, selagi itulah kita akan mengalami satu demi satu episod kehidupan. Ibarat kata pepatah; sedangkan lidah lagin tergigit...salah satu episod kehidupan ialah bertengkar atau berselisih pendapat. Tak kisahlah dengan siapa, samada kita bertengkar dgn pasangan kita,, ibu bapa kita, teman kita, adik beradik kita, dgn ketua pejabat waina dgn anak kita sendiri.

Pertengkaran dan perselisehan pendapat selalunya timbul kerana masing-masing kita mempunyai pandangan berbeza. Kalau pertengkaran itu dibiarkan berterusan, kesannya memang tidak baik. Lama kelamaan perasaan cinta, kasih, sayang atau apa saja, akan mati. Begitu juga kalau kita memendam perasaan, kononnya tidak mahu pertengkaran meletus, juga memberi kesan yang tidak baik. Bagai api dalam sekam, perasaan yg terpendam itu juga boleh menghilangkan segala rasa cinta, kasih, sayang, mesra dan sebagainya.

Inilah yg kita bimbangkan. Kalau cinta sudah tiada, kalau sayang sudah hilang, kalau kasih sudah melayang tentu saja kita tidak menemukan titik keseimbangan dalam hubungan kita.

Apa juga masalh yg menimbulkan pertengkaran itu, mustahil tiada jalan penyelesaiannya. Umpama benang kusut, jika dicari punca kekusutannya pasti akan terlerai juga. Dalam menghadapi pertengkaran, akan menjadi lebih baik jika kita memahami apa yg diperlukan oelh pihak yg lagi satu. Setiap orang , pasti mahu pendapatnya diterima. Kalau disanggah, timbullah perbalahan. Dari berbalas-balas kata hingga tercetusnya perang mulut. Lebih dahsyat lagi jika kaki dan tangan naik ke muka. Sebab itu kita sellau disarankan, bila hati sedang terbakar, lebih baik mengunci mulut dari berkata-kata. Dan untuk mencegah pertengkarang yg tiada untungnya itu, lebih baik salah seorang mengalah dulu. Tenangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam dan bila tenang barulah kita memberikan penjelasan.

Mengalah sebenarnya memberi kita banyak kebaikan. Mengalah bukan bererti kalah. Kalau kalah sekalipun, tiada ada ruginya. Malah sikap mengalah itu memberi kemenangan kpd kita kerana berjaya mengekang nafsu amarah sekali gus menundukkan syaitan yg memang suka umat Muhammad ini berpecah belah.

Andai ada sengketa antara kita, segeralah selesaikan secara baik. Percayalah, kecewa sengketa yg terus dipendam akan memamtikan rasa sayang dalam diri. Sesungguhnya dalam menjalin hubungan sesama manusia, Tuhan memberikan kita kenikmatan kasih sayang yg begitu besar nilainya. Kita tentunya tidak ingin menjadi insan yg tidak mensyukuri nikmat kasih sayang yg Tuhan kurniakan ini.






share with the honor of heart :

0 owg pimp my story:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
avatarYawW eU aLL!!
Pleasure 2 dr0p by ;)

It Scrolling Me

my wish
be own self
only THEM
We are Apart
dean list coming soon
BALEK TANPA RASA (9.9)
22/10/2011 coming soon
faceblogger

facebook
xcad melody
shout here

ShoutMix chat widget
xcad was here...

Post Si Semut Cokelat

Xcad Si Semut Cokelat

Come Over