SILA LETAKKAN AYAT ANDA DI DALAM INI
| Site ne aku yg punya |
copyrighted by Harsida Jasmin a.k.a 2heQ
Suka x blog Xcad??
About Me
| Respected Buddy'z |
Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur
Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur
begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.
Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.
Allah s.w.t berfirman “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” (An-Nahl: 18). Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”
SubhanaLlah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin…
Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)
share with the honor of heart :

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(64)
- ► December 2011 (3)
- ► November 2011 (1)
- ► October 2011 (3)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (15)
-
▼
March 2011
(26)
- Minda bawah/separa sedar
- Bila Lelaki Kehilangan Rusuknya
- Hati Seorang Wanita
- Jangan Telan Biji Buah
- ni nak bgtaw satu citer.. td maen search2 kat tene...
- Hiasan Sebuah Kesabaran
- Five Things In My Life..
- Erti perasaan
- Siapa???
- Jangan Dibunuh Rasa Sayang itu....
- Believe..
- Buatlah Keputusan Dlm Tenang
- Apa??
- Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur
- Bukan Sekadar Kasih....
- Kita Bukan Semuanya Alright....
- Melihat Positif Dalam Negatif
- Ada Kalanya Sepi Itu Indah
- Menangani Kesilapan...
- Hari Ini dan Esok Tidak Pernah Sama....
- Dalam Pahit Itu Ada Manisnya...
- Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu
- Ujian Dari Allah
- KUNCI PERSAHABATAN YANG BAIK
- 12 SIFAT SAHABAT
- Komitmen Bukan Utk Diri Sendiri.. Tp Utk Semua Pih...
- ► February 2011 (6)
-
►
2010
(24)
- ► December 2010 (2)
- ► November 2010 (9)
- ► October 2010 (4)
- ► September 2010 (4)
- ► August 2010 (5)
0 owg pimp my story:
Post a Comment