SILA LETAKKAN AYAT ANDA DI DALAM INI

| Site ne aku yg punya |

copyrighted by Harsida Jasmin a.k.a 2heQ





Suka x blog Xcad??

About Me

My Photo
Proff Xcadbury El-Insomniac
Malaysia
The Struggler
View my complete profile

| Respected Buddy'z |

Showing posts with label ukhuwah ini kami hargai. Show all posts
Showing posts with label ukhuwah ini kami hargai. Show all posts

Jika Ia Sebuah Ukhwah



Knp dgn Ukhwah ????
"Andai nnt Qeeta dh x dpt pertahankan ukhwah nie..."

"Allah sentiasa memberi jln klu Qeeta berusaha..."

Cinta vs Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.



Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

DARI SAHABAT UNTUK SAHABAT







Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungjawab dan punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik.
Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan.
Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik,
kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat
dengan sahabat..

4. Jgn bangkitkan perkara sensitif..

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi


6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya.
Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Jangan membuat muka belagak dan sombong,
atau menghentak-hentakkan kaki dan barang apabila kita
membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup kesalahan kita.

8. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat.
Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

9. Berita
baik atau berita sedih sahabat,
biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu ‘busy body’ dengan cerita kehidupan sahabat
kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
10. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat.
Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan,
mungkin menjemukan dan kita hanya
menyekat perhubungan dengan insan lain.

11. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.
Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda dan sejuk.
Pasti hubungan akan kembali seperti biasa.
Manusia harus menerima hakikat setiap
orang ada lautan hati yang pasang surut.

12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri.
Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk.
Itu lebih baik daripada membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain
dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita.
Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya
bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah S.W.T.

14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu
sahabat kita menjaga hati kita. Kalau kita pandai menjaga hati orang lain, begitulah sebaliknya
orang lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebaliknya.

Cuba periksa diri kita,
adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik untuk sahabat kita.
Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin menjauhkan diri dari kita?
Tepuk dada tanya selera...........


Sesungguhnya hati manusia akan berkarat
sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.”

Apabila seorang bertanya :-
Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?”

Rasulullah S.A.W bersabda :-
Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

KUNCI PERSAHABATAN YANG BAIK


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti
anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan
mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai
persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk
anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku
baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka
diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang
lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap
orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan
menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci
persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain. Tidak salah kalau kita mendengar apa yg ingin diperkatakannya.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak
dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan
jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai
minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh
membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang
menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan
(stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik

akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada
mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk

melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda
sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan
mereka pula.

8.) Belajar daripada satu sama lain. Amatlah rugi jika kita tidak dapat apa2 pengajaran dari persahabatan itu..

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda
tidak boleh menariknya kembali.


12 SIFAT SAHABAT



1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan bertanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kita seharusnya menjadi  individu yang memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
avatarYawW eU aLL!!
Pleasure 2 dr0p by ;)

It Scrolling Me

my wish
be own self
only THEM
We are Apart
dean list coming soon
BALEK TANPA RASA (9.9)
22/10/2011 coming soon
faceblogger

facebook
xcad melody
shout here

ShoutMix chat widget
xcad was here...

Post Si Semut Cokelat

Xcad Si Semut Cokelat

Come Over